Pensabitan Mahram Susuan merujuk kepada penetapan hubungan mahram antara seorang anak yang disusui dengan ibu susuan serta ahli keluarganya menurut hukum syarak. Mahram susuan berlaku apabila seorang bayi disusui oleh seorang wanita selain daripada ibu kandungnya dengan syarat tertentu. Anak yang disusui akan dianggap seperti anak kandung kepada ibu susuan dari sudut hukum pernikahan, menjadikannya mahram dan haram untuk dinikahi.
Dr Syh Noorul Madihah Syed Husin merupakan pensyarah kanan Pusat Pengajian Syariah di Fakulti Pengajian Kontemporari Islam, UniSZA dalam bidang Fiqah Kekeluargaan.