Our Top Course
React Js
(15 Reviews)
$15 $25
Java Program
(15 Reviews)
$10 $40
Web Design
(15 Reviews)
$10 $20
Web Design
(15 Reviews)
$20 $40

Siapa yang Menginspirasikan Anda

Testimonial Images

Prof. Madya Dr. Normadiah binti Daud

Profesor Madya UniSZA Kampus Gong Badak

Prof Madya Dr Normadiah binti Daud merupakan Profesor Madya di Pusat Pengajian Syariah, Fakulti Pengajian Kontemporari Islam, UniSZA dalam bidang Fiqah Kekeluargaan.

Pemegang Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Syariah dari Universiti Al-Azhar Mesir ini telah memperoleh ijazah Sarjana dan PhD dari Universiti Kebangsaan Malaysia juga dalam bidang Syariah.

Beliau telah menghasilkan 4 buah buku iaitu Kenali 15 Superfood dalam al Quran, Fiqh Isu Kontemporari, Fiqah Kekeluargaan Islam dan Fiqh Penyusuan Kontemporari.

Produk Inovasi beliau iaitu Model Bank Susu Patuh Syariah telah berjaya menggondol pingat emas dalam Minggu Penyelidikan dan Inovasi 2019 (MPI 2019) dan PECIPTA 2019.

Beliau telah berkhidmat di UniSZA selama 21 tahun . Antara kursus yang pernah diajari oleh beliau ialah Fiqh al Munakahat, Fiqh Wanita Kontemporari, Fiqh Penyusuan Kontemporari, Sistem Kekeluargaan Islam dan Ahadith Ahkam.

Testimonial Images

Prof. Madya Dr. Siti Khatijah binti Ismail

Profesor Madya UniSZA Kampus Gong Badak

Prof Madya Dr Siti Khatijah Ismail merupakan pensyarah kanan dalam bidang Fiqah Perubatan Wanita dan Maqasid Syariah di Pusat Pengajian Syariah, Fakulti Pengajian Kontemporari Islam, UniSZA.

Beliau terlibat dengan pengajaran kursus Fiqh Munakahat, Usul al-Fiqh dan Qawaid Fiqhiyyah. Pemegang Diploma dan Diploma Lanjutan dalam bidang Syariah daripada Kolej Agama Sultan Zainal Abidin (KUSZA) ini telah memperoleh Ijazah Sarjana dan PhD dari Universiti Malaya juga dalam bidang syariah dengan pengkhususan dalam Fiqh Perubatan Wanita.

Beliau telah berkhidmat sebagai pensyarah di KUSZA dan UniSZA selama 24 tahun. Beliau telah menghasilkan beberapa buah buku, bab dalam buku, sebuah modul pengajaran, artikel persidangan dan pelbagai artikel jurnal dalam bidang.

Dua hasil penyelidikan beliau turut berjaya didaftarkan di bawah MyIPO iaitu i-Maternity Care dan Garis Panduan Pengguguran Janin Abnormal Patuh Syariah.

Testimonial Images

Prof. Madya Dr Nadhirah binti Nordin

Profesor Madya UniSZA Kampus Gong Badak

Nadhirah Nordin Ph.D merupakan timbalan dekan akademik dan siswazah di Fakulti Pengajian Kontemporari Islam, Universiti Sultan Zainal Abidin.

Beliau mendapat pendidikan ijazah Sarjana Muda Ilmu Wahyu dan Warisan Islam (Fiqh dan Usul) di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Sarjana Pengajian Islam (Syariah) di Universiti Kebangsaan Malaysia dan Ijazah Doktor Falsafah (Syariah dan Ekonomi) di Universiti Malaya.

Bidang kepakaran beliau ialah kewangan dan ekonomi Islam. Belau terlibat dalam pengajaran kursus fiqh al- muamalat, sistem kewangan Islam, pengurusan harta Islam dan pengantar ekonomi.

Testimonial Images

Prof. Madya Dr. Zurita binti Mohd. Yusoff

Profesor Madya UniSZA Kampus Gong Badak

ZURITA BINTI MOHD YUSOFF, PhD. Profesor Madya di Pusat Pengajian Syariah, Fakulti Pengajian Kontemporari Islam (FKI), Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA).

Beliau berpengalaman mengajar kursus Ahadith al-Ahkam, Fiqh al-Jinayat dan Fiqh Wanita Kontemporari.

Beliau mendapat Pendidikan di peringkat Ijazah Sarjana Muda (B.A) (2001) di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam bidang Pengajian Ilmu Wahyu (Fiqh dan Usul), Ijazah Sarjana Syariah (Fiqh dan Usul) (2004) dan Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D.) Syariah (2014) di Universiti Malaya, Kuala Lumpur dengan kajian bertajuk Kitab al-Kifayah Karangan Syeikh Abdul Malik bin Abdullah: Teks dan Analisis.

Beliau telah berkhidmat sebagai pensyarah di KUSZA dan UniSZA selama 19 tahun dan telah menghasilkan beberapa buah buku, bab dalam buku, artikel persidangan dan pelbagai artikel jurnal dalam bidang kepakaran.

Testimonial Images

Dr. Syh Noorul Madihah binti Syed Husin

Pensyarah Universiti UniSZA Kampus Gong Badak

Dr Syh Noorul Madihah Syed Husin merupakan pensyarah kanan Pusat Pengajian Syariah di Fakulti Pengajian Kontemporari Islam, UniSZA dalam bidang Fiqah Kekeluargaan.

Beliau telah berkhidmat sebagai pensyarah selama 23 tahun semenjak zaman era KUSZA lagi. Antara kursus yang pernah beliau mengajar adalah Fiqh Munakahat, Fiqh Ibadat, Fiqh Wanita Kontemporari, Fiqh Muamalat dan Usul Fiqh.

Pemegang Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Syariah dari Universiti Al-Azhar Mesir ini telah memperoleh ijazah Sarjana dan PhD dari Universiti Malaya juga dalam bidang Syariah.

Beliau telah menghasilkan sebuah buku bertema, sebuah modul pengajaran dan pelbagai artikel jurnal dalam bidang Fiqah Kekeluargaan.

Beliau juga pernah menghasilkan produk penyelidikan dalam bidang perkahwinan iaitu Easy Nafkah dan Belanja Kahwin Barakah.